Saturday 7 January 2012

Emas: Simpanan Untuk Dilupakan

 
Gold Bar keluaran Public Gold. Ada 3 jenis, 20 gram (RM3,025), 50 gram (RM7,527), dan 100 gram (RM14,983). Itu harga masa artikel ni ditulis. Harga sebenar berubah setiap 20 minit, ikut harga emas dunia.
Antara masalah saya bila simpan duit dalam bank ialah selalu belek-belek buku akaun - Tabung Haji. Bila dalam kepala dah tahu berapa duit yang ada, mulalah fikir nak beli itu, nak beli ini. Perlu itu dan perlu ini.
Bila Rasa Ada Duit, Mulalah...
Bulan ni keluarkan sikit, bulan depan keluar sikit lagi. Lama-lama simpanan pun makin kurang. Setiap belanja beli itu and ini, repair itu dan ini, semuanya ada justifikasi. Semuanya perlu. Dan memang pun tak membazir - membeli hanya yang perlu, dan hanya yang mampu. Tapi kalau trend ni tak dapat nak berenti, jawabnya simpan tak akan ke mana.
Kalau ikutkan ilmu kewangan peribadi, kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan "simpanan untuk dilupakan". Simpan, dan lupa. Tak tahu berapa amaun semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Ah... yang ni lah saya payah sikit ni.
Kekadang, saya fikir nak buang jer buku akaun tu. Ataupun nak pos jer buku akaun balik kampung. Supaya tak tahu berapa amaun semasa, dan menyulitkan untuk buat keluar.
Emas: Untuk Melupakan Simpanan
Jadi, dengan cara beli emas, sikit sebanyak saya dapat jadikan simpanan saya sebagai simpanan yang dilupakan. Saya tak tahu berapa simpanan yang ada. Yang saya tahu, berapa gold bar dan dinar emas yang saya ada. Dan mungkin satu hari nanti, saya pun tak tahu berapa banyak emas yang saya beli.
Ada jer duit lebih, saya beli gold bar atau dinar, dan campak jer dalam safe deposit box. Sampai haul nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang saya ada untuk kira zakat.
Sekarang saya rasa saya tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab 'tak ada' duit dalam buku akaun Tabung Haji. Saya cuma ada emas dan cash yang cukup-cukup untuk kecemasan. Itu sahaja.
Emas Lagi Bagus Dari ASB dan Tabung Haji
Dan yang bestnya bila beli emas ni, tak perlu risau pasal dividen banyak ataupun sikit. Sebabnya trend harga emas memang menaik dalam jangka panjang. Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni, kenaikan harga emas tak kurang dari 20% setahun.
Tapi kalau simpan ASB dan Tabung Haji, pulangan cuma sekitar 5% hingga 8% jer. Itu belum tolak inflasi 4%, dan zakat 2.5%. Bila tolak sana sini, pulangan bersih cuma sekitar 1% bagi Tabung Haji, dan 1.5% bagi ASB. Ah... jauh lebih baik simpan emas.
Kepada kawan-kawan yang nak beli emas, boleh juga contact saya. Saya boleh bantu, insyaAllah sebab saya 'terdaftar' jadi dealer emas Public Gold. Saya tak buat bisnes emas sebab modal tak besar, takut risiko terhilang emas, kena rompak, dan banyak benda hukum hakam jual beli emas yang belum clear. Uh... tak berani lagi...
So, setakat beli dan simpan, dan bantu kawan-kawan, insyaAllah.
Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment