Saturday 28 January 2012

Hubungi saya!!!

Kepada sesiapa yang masih belum membeli, silakan membeli segera sebelum harga meningkat lebih tinggi lagi. Jangan berharap yang harga Emas akan turun lagi kerana pergerakan harga ketika ini sedang dalam trend pendakian, justeru adalah satu keputusan yang kurang tepat jika anda menaruh harapan bahawa harga akan turun semula.

Segera hubungi saya di no. 012-3772471 untuk membeli.

Cawangan Public Gold

Main Office :
12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia.
+604-644 9999

Bishop Branch :
No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
+604-261 9999

KL Branch :
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
+603-5634 8999

KL Seminar Hall : 16-1A, Jalan PJS 8/6,
Sunway Mentari Plaza,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ipoh Branch :
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
+605-242 8999

Kelantan Branch :
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
+609-746 2999

SP Branch :
No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
+604-423 2999

JB Branch :
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
+607-235 8999

Kuantan Branch:
A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.
+609-567 8916

Kuala Terengganu Branch:
16A, 1st & 2nd Floor,
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu
+609-626 3999

Kuching Branch:
3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
+6082-252 916

Melaka Branch:
No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
+606-317 5499

Seremban Branch:
152-1 & 152-2, Block M,
Taipan Senawang,
Jalan Taman Komersil Senawang 1,
Taman Komersil Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Saturday 21 January 2012

Baby Sofiyya Khadeeja

Hari Kelahiran Sofiyya Khadeeja

Alhamdulillah...Sofiyya Khadeeja telah selamat dilahirkan pada 21/01/12 jam 4.55pagi seberat 3.30kg. InsyaAllah Papa dan Mama akan kumpulkan emas untuk Sofiyya Khadeeja dan Abang Muhammad Haziq Rifqi untuk masa depan anak-anak Papa dan Mama. Nanti anak-anak Papa dan Mama kena belajar  kumpul emas juga untuk menggantikan cara tradisional orang terdahulu iaitu menabung duit sebagai simpanan.

Monday 16 January 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

BERITA HARIAN - SELASA (17/01/2012)


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

Saturday 14 January 2012

Tun Mahathir

Tahniah Public Gold!!!

Salam sejahtera,
Public Gold sekali lagi telah di iktiraf di peringkat antarabangsa apabila memenangi The BrandLaureate –
2011 SMEs Best Brands in Corporate Branding: SERVICES – Physical Gold Trading.
The Brand Laureate has crowned their 2011 SMEs Best Brands in Corporate Branding: SERVICES - Physical Gold Trading.

The BrandLaureate – SMEs Chapter Awards
The BrandLaureate – SMEs Chapter Awards recognizes the best of brands from the small and medium enterprises (SMEs) and is in line with the objectives of the APBF to unearth emerging brands from the SMEs. It takes cognizance of the important role that SMEs play in the development of the nation and in brand building.
The SMEs Chapter Awards facilitates the government’s objectives of nurturing the growth of SMEs to be global brands. As most of the SMEs are from a range of industries, the development of good brands will help to enhance the respective industry’s growth and make Malaysia more competitive in the global market.
Branding is an important component for SMEs to succeed in the global market and its importance cannot be underestimated. The BrandLaureate – SMEs Chapter Awards provides SMEs with the best platform to position their brands.
The winners are selected based on a 300-point selection criteria consisting of brand strategy, brand culture, integrated brand communications, brand equity and brand performance.

For The Winners:

  • All The BrandLaureates will be allowed to use The BrandLaureate logo on their communication and packaging materials. The BrandLaureate logo is an endorsement of the brands superior quality, delivery and promise.
  • A coffee table book featuring the achievements of The BrandLaureates will be published.
  • Numerous support events will be held for The BrandLaureates. Branding seminars, articles and publications on the branding industry in Malaysia and the region will be made available to them.
  • In addition, the BrandLaureates that need branding consultancy or assistance can tap on the expertise of our Brand team consisting of professionals from the branding, advertising, media and public relations industries.
http://www.thebrandlaureate.com
Kriteria-kriteria untuk anugerah ini adalah:
The winners of The BrandLaureate – SMEs Chapter Awards are selected based on a 300-point selection criteria consisting of brand strategy, brand culture, integrated brand communications, brand equity and brand performance. The areas covered are:
  • Brand Strategy/Identity (100 points)
  • Brand Culture (40 points)
  • Integrated Brand Communications (70 points)
  • Brand Equity (40 points)
  • Brand Performance/Profitability (50 points)
The nominations are processed by the selection committee and scored. Those who meet the minimum score go through a second round of selection and the final list is submitted to the Process Auditor for verification.
Only one winner will be selected from each category (see nomination form for Award categories) and where there are no deserving brands in any category, there will be no winners.
Award Category:
The BrandLaureate – SMEs Chapter Awards categories are:
  • Corporate Branding
  • Product Branding
  • Top 10 Most Preferred Brands
  • Top 5 Brand Specialty Awards
Saya selaku wakil rangkaian Public Gold Sarawak mengucapkan tahniah kepada management Public Gold dibawah pimpinan Dato’ Louis Ng kerana telah membuatkan kami berasa bangga di atas kejayaan ini. Dengan anugerah ini, masyarakat Malaysia akan lebih yakin dengan Public Gold!

Public Gold Award

bookofrecords.jpg
First Locally-Manufactured Certified Gold & Silver Bullion Bar
Sound & Solid Investment
Public Gold Marketing Sdn BhdAPEA AwardMBA Award

Friday 13 January 2012

Tips Pelabur Jutawan : Beli sesuatu yg mahal tapi bayar dgn harga murah.

Untuk kali ini, saya ingin berikan pendedahan yang amat penting kepada anda, sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap perbelanjaan kita dengan emas.

Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.

Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.

Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.




Caranya?

Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.

Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh :

Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM 70k.

Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.

Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian!!

Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.




Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.

Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :

RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00

RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm tgn)

Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00

Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00!!

Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.

Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!

Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!

Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.

Ini hanyalah secebis ilmu berharga yang saya kongsikan, masih banyak lagi yang tersimpan dalam kepala saya, dan saya bersedia untuk berkongsi dengan anda pada bila-bila masa!!

Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tak ternilai harganya ini, cukuplah jika anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian dengan cara menghubungi saya di 012-3772471 dan beli emas sebanyak mungkin!! : )

Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang

Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 18 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan seterusnya.

Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi!!

Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!!

Wednesday 11 January 2012

Sejarah kenaikan harga emas sejak tahun 2002




Walaupun berlaku penurunan, kenaikan harga Emas sejak 10 tahun yang lalu masih memberikan pulangan sebanyak 468%, dengan purata tahunan sebanyak 46% setahun!

Emas terus jadi buruan pelabur - Utusan Malaysia 11 January 2012

PETALING JAYA 10 Jan. - Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai alat pelaburan jangka panjang, semakin menarik orang ramai membelinya sekali gus menawarkan prospek jualan yang baik.



Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, syarikat telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta, bertambah 23.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Malah, beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada tahun kewangan semasa, berdasarkan pengukuhan harga emas dan permintaannya.



"Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan sebagai alat pelaburan," katanya selepas mesyuarat agung tahunannya, di sini hari ini.



Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, Poh Kong merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.7 juta.



Katanya, harga emas dijangka terus kukuh tahun ini kerana dipengaruhi oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada pertengahan tahun lalu.



"Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun pada 5 September 2011," kata beliau.



Pada masa ini, harga emas dunia diniagakan pada paras sekitar AS$1,600 seaun (RM5,000).

Choon berkata, dalam usaha meningkatkan jualannya, Poh Kong akan membuka rangkaiannya yang ke-101 di Ipoh, Perak Mac ini.



Beliau berkata, pada setiap tahun, syarikat itu akan menambah tiga hingga lima rangkaian baharu melibatkan kos setiap sebuah sebanyak RM5 juta, bergantung kepada keluasannya.

Strategi 5B Dalam Pelaburan Emas


‎1- Apa itu Strategi 5B?

Strategi 5B adalah satu strategi khusus untuk pelabur Emas & Silver keluaran Public Gold dimana ianya merangkumi 5 kaedah unik yang telah dipermudahkan bagi kefahaman dan penguasaan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan peringkat usia.

2- Apakah kaedah-kaedah unik tersebut?

Ianya adalah kaedah untuk mengenalpasti;

- Bila Nak Beli
- Bila Nak Jual
- Berapa Banyak Nak Beli
- Berapa Banyak Nak Jual
- Bila Nak Beli Semula

3- Apakah manfaatnya mengetahui kelima-lima kaedah ini?

Dalam pelaburan Emas & Perak fizikal, saya mengkategorikan konsep pelaburannya kepada 4 bahagian, iaitu :

Konsep pelaburan melalui simpanan secara berkala dan konsisten, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).

Konsep pelaburan bermatlamat, pulangannya melalui kenaikan nilai semasa (Capital Gain).

Konsep Trading, pulangannya melalui kenaikan harga semasa (Buy Low, Sell High).

Konsep pelaburan melalui modal pinjaman tunai, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).

Dalam kebanyakan masa, para pelabur lebih cenderung kepada Konsep Trading, kerana cara ini memberikan Aliran Tunai yang baik dan juga memberikan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Saya sendiri dalam kebanyakan masa mempraktikkan konsep ini. Namun masalah yang dihadapi oleh para pelabur lain adalah mereka gagal meraih keuntungan daripada konsep ini kerana bila mereka mula membeli, harganya tiba-tiba turun pula disebabkan mereka tidak tahu "Bila Nak Beli".

Ada yang membeli pada harga rendah, dan apabila harga Emas naik, sepatutnya mereka dah untung jika mereka menjualnya, tapi tak sempat jual harga dah turun semula disebabkan mereka tak tahu "Bila Nak Jual".

Lebih parah lagi, kegagalan mengurus modal kewangan untuk mempraktikkan konsep ini, akan menyebabkan mereka tidak tahu "Berapa Banyak Nak Beli". Justeru, bila harga Emas tiba-tiba turun, belian pertama dengan amaun yang paling bayak digadaikan dan digunakan untuk membuat belian tambahan ketika harga rendah.

Bila turun lagi, ia digadaikan lagi menyebabkan lama kelamaan belian pada harga paling rendah semakin kecil. Ini membuatkan pelaburan Emas fizikal yang sepatutnya tidak menggunakan Margin Equity, kini menjadi pelaburan yang menggunakan Margin Equity dan setiap kali harga Emas turun, Equity mereka semakin susut!

Kegagalan mengurus modal kewangan dalam konsep ini juga mengakibatkan ramai yang tidak tahu "Berapa Banyak Nak Jual". Biasanya mereka akan menjualkan kesemuanya sekaligus, dan kesannya mengakibatkan persoalan pada B yang ke lima iaitu;

"Bila Nak Beli Semula", kerana bila semuanya telah dijual, dan harga terus menerus naik, maka mereka bukan sahaja tiada untung jika ingin membeli lagi, bahkan mereka perlu menambah wang lagi untuk membeli dalam kadar yang sama seperti sebelumnya.

Bukan itu sahaja, "Bila Nak Beli Semula" juga sangat mengelirukan dalam situasi harga Emas sedang turun. Kebanyakan pelabur membeli semula setiap kali harga Emas turun RM1, RM2 dan RM3, menjadikan bila harga menjunam turun sampai RM50, mereka dah kehabisan modal untuk membeli lagi.

4- Adakah kaedah 5B ini sama seperti Analisis Teknikal?

Tidak sama sekali. Dalam menganalisis pasaran, ada 4 perkara yang perlu dikuasai, iaitu;

Analisis Teknikal
Analisis Fundamental
Pengurusan Kewangan
Pengurusan / Kawalan Emosi

Dalam strategi 5B ini, keempat-empat perkara diatas telah dipermudahkan dan dicompile menjadi satu Strategi Taktikal yang amat mudah difahami dan dikuasai hanya menggunakan beberapa formula pengiraan sahaja.

Dengan strategi ini juga, semakin banyak harga Emas turun, maka semakin banyak keuntungan yang diperolehi menyebabkan pelabur yang mempraktikkan strategi ini tidak akan risau dengan penurunan harga kerana ianya adalah bonus untuk keuntungan yang lebih banyak.

Strategi ini sesuai dan menguntungkan baik untuk Dealer ataupun bukan Dealer, tetapi avantage kepada Dealer kerana % komisyen yang diperolehi akan memberikan keuntungan yang lebih tinggi.

4- Siapa Yang Perlu Hadir Ke Training & Coaching 5B ini?

Mereka yang mahukan pendapatan pasif dari pelaburan Emas & Perak fizikal.

Mereka yang mahukan Aliran Tunai yang positif dalam pelaburan Emas & Perak.

Mereka yang mahu meraih keuntungan ketika harga turun ataupun naik.

Mereka yang mahu meraih keuntungan berulang kali dalam pergerakan harga yang volatile.

Fees : Hanya RM399 + Coffe Break x 2 dan 1 x lunch utk 2 hari.
Bilik penginapan ditanggung sendiri.

Pengambilan peserta yang dihadkan bagi memastikan kualiti pembelajaran & pemahaman berada di tahap yang terbaik.

Justeru, pendaftaran hanya diterima berdasarkan bayaran terawal bagi memudahkan urusan penempahan Hotel.

Jika anda berminat, sila buat bayaran ke akaun berikut :

Maybank 5120 5300 6494 (Tune Profit Network)
Public Bank 3987 6849 30 (Tune Profit Network)

Selepas bayaran dibuat, sila emelkan slip bayaran ke seminarpelaburan@ymail.com beserta Nama, No Ic, No Hp dan Lokasi yang ingin anda hadiri.
* emas24jam.com bagi pihak Pelabur Jutawan dan Pokli.

Tuesday 10 January 2012

Selamat Datang!

Di blog emas24jam.com ini saya akan berkongsi maklumat, tips dan teknik memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko kerugian dalam pelaburan Emas fizikal khususnya kepada Dealer2 Public Gold.       

Saturday 7 January 2012

Kata-kata aluan emas24jam.com...

As Salam dan Salam Sejahtera. Saya telah diperkenalkan dengan perniagaan atau pelaburan emas Public Gold Malaysia ini pada 18/10/2011 oleh salah seorang sahabat lama saya ketika menuntut di UiTM Machang,Kelantan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana senantiasa bersama saya dalam apa jua situasi dalam memastikan setiap langkah dan tindakan saya dalam dunia perniagaan emas dan juga pelaburan emas berada di landasan yang betul.Beliau sangat ikhlas dalam mencurahkan ilmu yang ada di dalam dirinya tanpa batasan sehinggakan saya berasa sangat malu kerana kita sering sahaja mendengar di luar sana usahawan2 berjaya mengenakan bayaran kepada peserta2 seminar mereka atas alasan pengalaman mereka layak menerima bayaran daripada sesiapa yang menginginkan ilmu daripada mereka orang2 yang telah berjaya.(Tetapi tidak semua orang berjaya begitu) termasuklah sahabat lama saya ini. Kedekut ilmu itu bukan sifat beliau.Bagi diri beliau perkongsian ilmu itu tidak merugikan dirinya malah ianya satu perkara yang sangat baik dan InsyaAllah jika tidak dikecapi di dunia di akhirat nanti lah ianya dihitung. Sahabat lama saya yang dimaksudkan ialah Saudara Mohd Zulkifli. Terima kasih Abang Zul. Semoga Allah memanjangkan umur dan memurahkan rezeki lagi.Jadi,dengan apa yang saya dapat dari beliau, InsyaAllah saya akan kongsikan kepada insan2 lain di luar sana demi menambahbaikkan situasi ekonomi kita bersama.Sesiapa yang ingin memulakan pelaburan emas dan perniagaan emas bolehlah menghubungi saya di talian 012-3772471 atau emel ke emas24jam@gmail.com. Sekian, terima kasih.

Selamatkan Simpanan Kepada Emas!

 
"Tiga tahun lepas, ana beli 1 dinar harga RM380. Sekarang ni harga dia lebih kurang RM600!" - Saifudin

Saya terus ambik calculator handphone dan kira return on investment (ROI). Sahabat saya tu, dia beli beberapa keping dinar untuk maskahwin tiga tahun lepas. Saya congak-congak, ROInya 18% setahun! Wah... ini lagi bagus dari Tabung Haji, ASB, dan juga unit trust!

Oh, apa yang sahabat saya bagi tahu sementara tunggu buka puasa di Su Tom Yam, Kota Bharu membuatkan rasa ingin tahu pasal pelaburan emas semakin membuak-buak.

Dinar Emas atau Tabung Haji?

Sejak Kelantan lancarkan Dinar Kelantan beberapa tahun dulu, selalu terfikir samada nak biarkan saving dalam Tabung Haji atau nak beli dinar emas?

Saya memang yakin melabur dengan cara beli dinar emas lebih berbaloi berbanding simpan di Tabung Haji. Dividen Tabung Haji cuma sekitar 5% setahun, tapi dinar emas, nah tengoklah perbezaan dia. Dan satu lagi, kalau simpan dinar emas, risiko inflasinya ialah 0%! Kita tak perlu takut dengan inflasi yang agak merisaukan setahun dua kebelakangan ni.

Inflasi: Antara Dinar dan Duit Kertas

Ikut pada pembacaan saya, zaman Nabi dulu, seekor kambing nilainya 1 dinar emas, tapi sekarang, nilai seekor kambing masih tetap 1 dinar emas! Wah... dinar emas tak terjejas dengan inflasi sejak 1,400 tahun lalu!

Tapi kalau duit ringgit, nilai inflasi sebenar lebih kurang 10% setahun. Bayangkan tahun 80-an dulu, duit belanja budak sekolah cuma RM0.50 - RM1.00 sehari. Tapi sekarang, RM2.00 - RM3.00 baru cukup untuk beli makanan waktu rehat! Inflasinya lebih kurang 200% dalam masa 20 tahun!

Simpan Duit Dalam Bentuk Emas Fizikal

Balik KL lepas raya, saya teruskan 'kajian' saya pasal dinar dan pelaburan emas. Saya rujuk blog Husam Musa dan juga beberapa website lain yang saya rasa boleh pakai. Justifikasi YB Husam dan Kerajaan Kelantan tentang kenapa perlunya dinar emas sangat masuk akal.

Dinar (emas) tahan inflasi. Tak perlu takut pada kegawatan ekonomi. Ia tetap laku di mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa kalau berlaku peperangan. Dan emas, adalah aset yang sangat mudah dicairkan, sama seperti duit juga. Pendek kata, nilai kekayaan kita tak akan tergugat kalau kita simpannya dalam bentuk dinar, atau dengan kata lain simpankannya dalam bentuk emas fizikal!

Oh, saya dah buat azam, nak tukarkan sebahagian besar simpanan 'kecemasan' kami ke dalam bentuk dinar emas.

Masalah Nak Dapatkan, dan Tempat Simpan

Tapi masalahnya ialah;
  1. Kat mana nak beli dinar di KL ni? Takkan nak beli di Kelantan, lepas tu bawa balik ke KL? Nanti kena rompak tengah jalan... huh... risiko tu...
  2. Macam mana cara nak beli dinar? Katanya, stok Dinar Kelantan selalu habis macam pisang panas? Kalau nak beli, kena telefon dulu. Uh... susah tu.. takkan nak pesan orang lain tolong belikan.
  3. Kat mana nak simpan? Kalau simpan kat rumah, wah... risikonya tinggi. Nanti jadi sasaran perompak pulak. Kalau tak pun, takut terlupa letak kat mana-mana. Aduh...
Duit Kertas Tiada Nilai Sebenar

Hati saya makin tak senang. Takut duit simpanan dimakan inflasi. Dividen Tabung Haji cuma 5%, tapi kadar inflasi 10% setahun. Makin tahun, makin menyusut nilai simpanan saya. Makin rendah kuasa belinya. Dan bila fikir jauh lagi, kalau berlaku peperangan, duit kertas dah tak bernilai satu sen pun macam kes mentua YB Husam Musa di blog beliau di sini.

"Saya teringat Gemulah ayah mertua saya, dia pernah menceritakan kepada saya yang ketika Jepun mendarat di Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, kerana dia tak naik-naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk 3 tahun berturut-turut. Dia meminta modal dari emaknya untuk memulakan perniagaan, emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di sungai Kelantan. Dia mula-mulanya berniaga budu. Perniagaannya berkembang, di akhir pemerentahan Jepun dia sudah berniaga macam-macam termasuklah atap dan balak di sepanjang Sungai Kelantan. Di waktu pemerentahan Jepun ini, antara teman yang ditemui di Kota Bharu ialah Almarhum Raja Perlis, baginda ketika itu berniaga manisan (gula melaka) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni-guni duit gambar pohon pisang yang dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.

Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerentahan, pemerentah British dan Jepun. Walaupun kuasa barat kalah di Semenajung, tetapi duit pound Amerika tetap laku, kerana ianya emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun; kerana ianya kertas." - YB Husam

Sempena Hari Lahir Ke-30

Syukur, alhamdulillah. Sempena hari lahir saya yang ke-30 semalam, semua persoalan saya tentang dinar dan pelaburan emas fizikal dikira selesai. Saya dah dapat jalan keluarnya. Puji-pujian bagi Allah.

Sekarang, saya tukarkan sebahagian besar (lebih kurang 80%) simpanan kami kepada bentuk emas dan di simpan di tempat yang sangat selamat (insyaAllah) oleh pihak ketiga. Saya tak berani pegang emas sendiri walaupun satu gram buat masa ini.

Kalau sahabat-sahabat nak buat benda yang sama, saya nasihat belajar dan 'berguru' dulu. 'Melabur' dalam emas fizikal ni bukan sekadar membeli dan menyimpan emas. Ada juga sepak-terajangnya yang kita kena tahu. Takut duit yang kita labur menjadi lebur...

Wallahu a'lam.

Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?

 
Saya dapat email dari seorang pembaca berkenan dua artikel saya sebelum ini bertajuk "Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold" dan "Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2" yang mungkin boleh mengelirukan. Antara dua jenis dinar tersebut, yang mana lebih baik?

Jawapan ringkas saya;

Kelebihan Dinar Public Gold

Kelebihan #1: Dinar PG lebih baik disebabkan spreadnya rendah iaitu lebih kurang 6% sahaja berbanding Dinar Kelantan yang spreadnya sekitar 10%. Ini bermaksud, keuntungan Dinar PG LEBIH CEPAT berbanding Dinar Kelantan. Jika kenaikan harga emas sebanyak 11%, maksudnya pembeli Dinar PG dah dapat untung sebanyak 5% (11% - 6%) sedangkan pembeli Dinar Kelantan cuma untung 1% (11% - 10%).

Rule ni relevan HANYA JIKA anda menjualnya balik pada PENGELUAR dinar tersebut, bukan pada pembeli di luar i.e. sesiapa individu yang nak beli melalui facebook, kawan-kawan dsb. Kalau jual pada pembeli di luar, rule ini tak terpakai. Jual beli pada pembeli di luar adalah bergantung pada DEMAND.

Kelebihan #2: Dinar PG lebih murah berbanding Dinar Kelantan. Ikut pada pemerhatian saya, harga Dinar PG sekitar 6% atas spot price (harga di graf emas), tetapi Dinar Kelantan sekitar 12% atas spot price. Lagi murah harga emas tu, lagi bagus sebab kita boleh beli kuantiti lebih banyak dengan nilai pelaburan yang sama.

Perbezaan antara "spot price" dengan harga jualan dipanggil "premium". Lagi tinggi premium, lagi tinggi lah harga emas. Lagi tinggi harganya, lagi sikitlah emas yang kita boleh beli. Untuk makluman sahabat, tak ada pengeluar emas yang jual dengan harga spot. Hanya emas 'atas kertas' macam Gold Saving Akaun jer yang jual emas pada harga spot. Sebabnya, emas fizikal ada kos tambahan seperti upah pekerja, proses minting, pengangkutan dsb.

Kelebihan #3: Dinar PG sentiasa ada stok walaupun harga emas jatuh. Kita boleh beli Dinar PG pada bila-bila masa dan di mana sahaja hampir seluruh Malaysia tak kira masa harga rendah ataupun tinggi. Ini disebabkan ia dikilangkan sendiri oleh PG di Penang, dan cawangan serta dealernya terlalu banyak di Malaysia.

Berbanding Dinar Kelantan yang selalu tak ada stok especially masa harga emas jatuh. Ini disebabkan Kelantan Golden Trade (KGT) terpaksa order dari Dubai. Lagi satu, 'dealer' Dinar Kelantan membelinya secara pukal, dan menjualnya bila harga lebih tinggi. Bila harga jatuh, biasanya mereka akan hold stok tu. So, ia rugi untuk pembeli (pelabur).

Kelebihan Dinar Kelantan

Dinar Kelantan lebih baik dari sudut DEMANDnya berbanding Dinar PG. Maksudnya, bila anda nak jual balik, ia lebih cepat dapat pembeli individu berbanding Dinar PG. Bila jual direct pada pembeli individu di luar e.g. menjual melalui facebook atau kawan-kawan, biasanya kita boleh dapat harga yang jauh lebih baik berbanding jual pada pengeluar. Kalau jual pada pengeluar, dia akan ambil kira SPREADnya (harga jual beli mengikut carta yang dikeluarkan), tapi kalau jual pada pembeli persendirian, spread tak diambil kira. Dinar Kelantan sangat famous dikalangan pembeli individu untuk dijadikan hantaran, mas kahwin ataupun koleksi sebab designnya sangat halus, cantik dan ada ukiran kalimah syahadah.

Kesimpulannya;
  • Kalau tak nak susah-susah cari sendiri buyer bila nak jual balik dinar tu nanti, saya nasihatkan beli Dinar PG sebab ia lebih cepat dapat untung. Harga nak jual balik nanti boleh terus semak di carta yang dikeluarkan oleh pengeluar i.e. Public Gold dan Ar-Rahn Kelantan.
  • Tapi kalau rasa nak CARI PEMBELI SENDIRI untuk dapat lebih untung (melalui facebook atau tanya kawan-kawan) instead of jual pada pengeluar, saya nasihatkan beli Dinar Kelantan. Dua jenis dinar ni semuanya bagus untuk investment.
  • Dinar Kelantan lebih tinggi permintaannya sebab ia dinar paling cantik di Malaysia. Sekali tengok, mesti jatuh hati. Lagi pun, pengeluarnya ialah Kerajaan Negeri Kelantan, bukan syarikat persendirian seperti Public Gold. Dinar Kelantan lebih kepada nilai sentimental, tetapi dinar PG pure atas dasar investment.
Mudah-mudahan jawapan saya di atas sedikit sebanyak membantu pelabur emas. Jika ada apa-apa persoalan, boleh jer email atau call saya terus. InsyaAllah, saya bantu setakat yang boleh.

Wallahu a'lam.

Catatan: Spread adalah nilai diskaun yang ditetapkan oleh pengeluar emas. Lagi tinggi nilai spread, lagi lambat dapat untung sesuatu produk emas tersebut. Harga jualan balik akan mengikut harga semasa ditolak dengan nilai spread yang ditetapkan. Produk emas yang paling tinggi nilai spreadnya ialah barang kemas. Spreadnya boleh mencecah 25%!

Clearence BNM Tentang Public Gold


Hari tu ada sahabat tanya, adakah Public Gold dapat clearence Bank Negara? Jawapannya "Ya". Saya baru jumpa salinan surat kebenaran daripada Bank Negara. Rupa-rupanya boleh download jer dari website Public Gold, dekat bahagian PG Milestone.

Apa yang kita tak perlu takut sebab PG cuma terlibat jual dan beli emas sahaja. Tak ada sebarang skim pelaburan ditawarkan. Bagi duit dapat emas, bagi emas dapat duit. Itu jer. Emas tu kita simpan sendiri. Kalau bagi duit tapi cuma dapat kertas dan janji keuntungan, itu memang kena hati-hati. Banyak scam pelaburan emas kebanyakkan mengunakan cara tu.
Aduh... banyak sangat posting pasal emas sekarang ni. Terpaksa menulis lagi sebab lepas posting pertama pasal emas hari tu, banyak soal jawab yang datang. Ramai orang berminat nak tahu lebih mendalam tentang emas nampaknya.
Sekadar Membantu
Ada juga orang jauh sms saya di awal pagi lagi. Saya pun tak kenal dia sebelum ni. Dia nak jadi 'billionnaire' emas katanya. Alhamdulillah, begitu besar wawasan beliau. Moga Allah mempermudahkannya. Sebab jauh, saya tak dapat serve dia, jadi saya bagi no. contact ejen yang terdekat dengan tempat dia. Sekadar membantu.
Kalau dia dapat kebaikan, moga dengan kebaikan itu Allah kembalikan pada kami sekeluarga, insyaAllah.
Wallahu a'lam.
Satu perkara menarik yang saya perhati. Kebanyakkan orang yang contact saya untuk tahu lebih lanjut pasal emas ialah mereka yang berduit TUNAI. Rata-rata sekitar RM10,000 - RM30,000.
Orang yang CASH RICH ni saya tengok, jenis orang biasa jer. Jenis biar tak bergaya, asalkan kaya! Puji-pujian bagi Allah. (",)

Nilai Emas Tak Boleh Dimanipulasi


Standard 1 dinar emas, ialah emas 916 (22 karat), berat 4.25 gram.

Lepas tahu serba sedikit pasal pelaburan emas fizikal ni, saya fikir mungkin lebih baik kita simpan emas fizikal untuk belanja masa depan. Contohnya untuk tabung pendidikan.

Katakanlah RM45,000 cukup untuk kos ijazah di universiti tempatan sekarang.

Bawa Kuasa Beli RM45 Ribu Ke 20 Tahun Depan

Kalau anda ada duit RM45,000 sekarang, anda masih boleh dapat kuasa beli RM45,000 hari ini pada 20 tahun akan datang kalau anda simpan dalam bentuk emas. Tukar sahaja RM45,000 tu kepada 300 gram emas 999 (RM148 harga emas 999 semasa x 300 gram = RM44,400).

Simpan 300 gram emas tu baik-baik ditempat yang selamat. Bila anda keluarkan balik 300 gram emas tu 20 tahun akan datang, insyaAllah ia cukup untuk tampung kos ambik ijazah pada masa tu.

Tapi kalau anda simpan RM45,000 dalam bank, walaupun ia lepas campur compounding dividend, saya yakin kuasa beli 20 tahun akan datang tak sama dengan RM45,000 hari ni. Mungkin duit tu cuma mampu bayar yuran pendaftaran masuk unversiti sahaja.

Sebabnya, kuasa beli duit kertas semakin hari makin menyusut. Tapi, duit emas akan kekal kuasa belinya sebagaimana zaman Nabi, 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Nilai Emas, Dulu dan Sekarang

Hari ni macam mana? Nilai seekor kambing tetap 1 dinar. Pada 3 Oktober 2010, nilai 1 dinar bersamaan RM614. Dan harga kambing semasa yang sesuai dibuat aqiqah ialah RM600! Tak termasuk upah sembelih dan lapah. Nah... itulah nilai emas.

Kalau anda nak tahu sejarah harga emas, cuba tanya Encik Google. Tanya dia pasal "gold historical price". Mesti anda akan nampak gambaran sebenar tentang sejarah harga emas.

NILAI Emas Tak Boleh Dimanipulasi

Nak senang faham, cuba anda ambik duit kertas RM50. Lepas tu anda koyak-koyakkan duit tu. Apa jadi dengan NILAI duit tu sekarang? Pastinya RM0 bukan? Maksudnya, duit kertas boleh dimanipulasi.

Kemudian, cuba anda ambik jongkong emas 20 gram, kemudian anda patah-patahkan, dan hancurkan jongkong tu sampai jadi serebuk. Sekarang, agak-agaknya berapa nilai serbuk emas 20 gram? Ya, ia tetap RM148 segram. 20 gram serbuk emas tetap berNILAI sekitar RM3,000! Nah... itulah emas. Ia tak boleh dimanipulasikan.

Kalau anda simpan duit kertas RM3,000 bawah bantal, dan katakanlah berlaku kebakaran. RM3,000 akan hilang dimakan api. Tapi macam mana kalau anda simpan jongkong emas 20 gram yang saiznya tak sampai saiz jari kelingking di bawah bantal? Jongkong emas masih bernilai walaupun dijilat api. Nah... itulah emas.

Ia adalah LAMBANG kekayaan di Dunia dan Akhirat.

Wallahu a'lam.

Emas: Simpanan Untuk Dilupakan

 
Gold Bar keluaran Public Gold. Ada 3 jenis, 20 gram (RM3,025), 50 gram (RM7,527), dan 100 gram (RM14,983). Itu harga masa artikel ni ditulis. Harga sebenar berubah setiap 20 minit, ikut harga emas dunia.
Antara masalah saya bila simpan duit dalam bank ialah selalu belek-belek buku akaun - Tabung Haji. Bila dalam kepala dah tahu berapa duit yang ada, mulalah fikir nak beli itu, nak beli ini. Perlu itu dan perlu ini.
Bila Rasa Ada Duit, Mulalah...
Bulan ni keluarkan sikit, bulan depan keluar sikit lagi. Lama-lama simpanan pun makin kurang. Setiap belanja beli itu and ini, repair itu dan ini, semuanya ada justifikasi. Semuanya perlu. Dan memang pun tak membazir - membeli hanya yang perlu, dan hanya yang mampu. Tapi kalau trend ni tak dapat nak berenti, jawabnya simpan tak akan ke mana.
Kalau ikutkan ilmu kewangan peribadi, kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan "simpanan untuk dilupakan". Simpan, dan lupa. Tak tahu berapa amaun semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Ah... yang ni lah saya payah sikit ni.
Kekadang, saya fikir nak buang jer buku akaun tu. Ataupun nak pos jer buku akaun balik kampung. Supaya tak tahu berapa amaun semasa, dan menyulitkan untuk buat keluar.
Emas: Untuk Melupakan Simpanan
Jadi, dengan cara beli emas, sikit sebanyak saya dapat jadikan simpanan saya sebagai simpanan yang dilupakan. Saya tak tahu berapa simpanan yang ada. Yang saya tahu, berapa gold bar dan dinar emas yang saya ada. Dan mungkin satu hari nanti, saya pun tak tahu berapa banyak emas yang saya beli.
Ada jer duit lebih, saya beli gold bar atau dinar, dan campak jer dalam safe deposit box. Sampai haul nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang saya ada untuk kira zakat.
Sekarang saya rasa saya tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab 'tak ada' duit dalam buku akaun Tabung Haji. Saya cuma ada emas dan cash yang cukup-cukup untuk kecemasan. Itu sahaja.
Emas Lagi Bagus Dari ASB dan Tabung Haji
Dan yang bestnya bila beli emas ni, tak perlu risau pasal dividen banyak ataupun sikit. Sebabnya trend harga emas memang menaik dalam jangka panjang. Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni, kenaikan harga emas tak kurang dari 20% setahun.
Tapi kalau simpan ASB dan Tabung Haji, pulangan cuma sekitar 5% hingga 8% jer. Itu belum tolak inflasi 4%, dan zakat 2.5%. Bila tolak sana sini, pulangan bersih cuma sekitar 1% bagi Tabung Haji, dan 1.5% bagi ASB. Ah... jauh lebih baik simpan emas.
Kepada kawan-kawan yang nak beli emas, boleh juga contact saya. Saya boleh bantu, insyaAllah sebab saya 'terdaftar' jadi dealer emas Public Gold. Saya tak buat bisnes emas sebab modal tak besar, takut risiko terhilang emas, kena rompak, dan banyak benda hukum hakam jual beli emas yang belum clear. Uh... tak berani lagi...
So, setakat beli dan simpan, dan bantu kawan-kawan, insyaAllah.
Wallahu 'alam.

Quick Review Tentang Emas Fizikal

 
Ramai kawan tanya pasal emas seminggu dua ni. Ada yang email, ada yang call, ada yang sms. Macam-macam soalan. Ada yang saya tak sure, saya terus contact sifu emas saya. Dia lagi banyak tahu sebab dah lebih 10 tahun dia buat reseach pasal emas. Dia simpan emas sejak tahun 2000 lagi.

Kat bawah ni saya buat 20 point Quick Review untuk memudahkan rujukan sahabat-sahabat semua. Moga bermanfaat.

Point #1: Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang. Purata kenaikan harga emas ialah 20% setahun. Kalau nak simpan, minimun setahun. Guna duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun.

Point #2: Emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi. Simpan emas, tak akan takut kenaikan harga barang, tak takut bila duit RM lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dsb.

Point #3: Kalau ada hutang kad kredit, langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi ada hutang kad kredit, dalam masa yang sama beli emas.

Point #4: Emas senang ditukar kepada cash. Tak perlu risau pasal nak jual balik. Kalau sayang nak jual, boleh pajak jer di Ar-Rahnu.

Point #5: Emas hanya boleh dibeli secara tunai. Beli cara hutang, hukumnya haram.

Point #6: Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau lebih 85gram.

Point #7: Jenis emas fizikal yang ada di Malaysia dan bagus untuk simpanan; (1) Kijang Emas Bank Negara, (2) Dinar Kelantan, (3) Emas & Dinar Public Gold. Selain tiga ni, ada banyak lagi, tapi tak berapa famous.

Point #8: Cara terbaik untuk simpan emas ialah beli emas Public Gold. www.publicgold.com.my dan www.publicdinar.com. Sebabnya banyak. Antaranya, senang beli, senang jual. Saya dah kaji.

Point #9: Mana nak beli emas? (1) Kijang Emas, pergi ke Maybank tertentu, (2) Dinar Kelantan, cari di Ar-Rahnu tertentu, (3) Public Gold, cari di company Public Gold, atau contact ejen Public Gold lagi mudah.

Point #10: Mana nak simpan? Kalau sikit, simpan kat rumah. Tapi kena kreatif. Kalau banyak, takut tak lena tidur, simpan di Safe Deposit Box di bank, ataupun syarikat swasta. Kalau tanya saya, lebih baik pilih syarikat swasta sebab nilai insuransnya tinggi. Nilai sewa dia berbaloi, sekitar RM80 – RM550. Tengok saiz box.

Point #11: Berapa modal? Kalau modal kecik (min. RM600), beli dinar. Kalau modal besar (min. RM3,000), beli gold bar, syiling emas, Kijang Emas.

Point #12: Mana untung beli barang kemas compare dengan dinar, dan gold bar? Dinar dan gold bar lagi untung. Barang kemas rugi bila nak jual balik kat kedai emas.

Point #13: Emas Public Gold, mana untung beli direct dari syarikat atau melalui ejen? Harganya sama, tapi lebih untung beli dari ejen, sebab boleh dapat free consultation, guidance dan lain-lain bantuan dari ejen yang anda percaya. Silap-silap, dapat free delivery.

Point #14: Kat mana office Public Gold? Kat KL di Sunway Mentari. Di KB, Jln Kebun Sultan. Yang lain, di Ipoh, Penang (HQ), Sungai Petani.

Point #15: Macam mana nak beli? Contact saya. Kalau tak dapat bantu, saya akan bagi contact ejen-ejen Public Gold yang terdekat.

Point #16: Macam mana buat untung dengan emas ni? (1) Beli dan simpan sekurang-kurangnya setahun. (2) Jual hanya bila perlu duit cash, kalau tak, simpan jer. (3) Berniaga emas – lagi untung, tapi modal besar, dan kena berhati-hati dengan hukum hakam dia. Takut terlibat dengan riba.

Point #17: Ok tak kalau masuk Skim Pelaburan Emas? Kebanyakannya adalah SCAM – penipuan. Juahkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas. Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikal.

Point #18: Mana bagus, buka Akaun Simpanan Emas di Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House berbanding emas fizikal? Beli emas fizikal lagi bagus. Maybank & Public Bank belum ada pengesahan halal.

Point #19: Mana untung simpan dalam ASB, Tabung Haji berbanding beli emas? Jauh lebih untung beli emas. Purata kenaikan emas 20% setahun. Tabung Haji (5%), ASB (6.5% lepas tolak zakat). Belum tolak infasi 4%.

Point #20: Kat mana nak tengok harga emas semasa? (1) Kijang Emas http://www.bnm.gov.my/ - berubah setiap hari (2) Dinar Kelantan http://islamicmint.com.my/ - berubah setiap hari (3) Public Gold www.publicgold.com.my dan www.publicdinar.com – berubah setiap 20 minit. Kena contact ejen untuk lock price kalau nak beli.

Soalan Bonus:

Soalan #1: Public Gold dapat pengesahan Bank Negara tak? Jawapannya tak perlu sebab PG cuma ‘kedai emas’. Yang terlibat dengan jual beli emas sahaja. Bagi duit dapat emas fizikal, bagi emas fizikal dapat duit. Tak ada apa-apa skim pelaburan ditawarkan.

Soalan #2: Adakah ada jaminan emas ni akan sentiasa naik? Tak ada jaminan. Harga emas juga boleh jatuh. Tapi dia tak akan jatuh lingkup sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman. Masa sekarang lagi kritikal beli emas sebab dunia tengah berperang matawang. Jadi selamatkan ‘kekayaan’ anda kepada emas sekarang!

Soalan #3: Macam mana nak tahu emas Public Gold tulen ke tak? Boleh test di ofis PG, atau mana-mana kedai emas, atau Ar-Rahnu. Kalau emas tak tulen, Ar-Rahnu akan tolak. Silap-silap dia akan panggil polis, atas dakwaan cuba menipu!

Pasal emas ni, jangan percaya cakap saya. Tapi anda semua perlu buat kajian sendiri. Apa yang saya tulis, itu cuma ilmu dan pandangan saya yang serba kekurangan. Dan saya bukan pakar dalam mana-mana bidang yang saya tulis. Tulisan saya hanya taraf sembang ‘kedai kopi’ jer.

Sekiranya ada manfaat, puji-pujian bagi Allah.

Wallahu a’lam.

Emas Juga REAL Property!

Simpan emas bagus untuk pendidikan anak-anak dan pergi haji.
Hari tu, masa ke pejabat Public Gold di Sunway Mentari, sempat sembang lama dengan Raymond, staff Public Gold. Masa tu dah nak maghrib. Orang semua dah balik. Tinggal staff Public Gold, dan dua orang dealer termasuk saya.
Pengalaman Belajar Uji Ketulenan Emas
Sempat tengok macam mana dia test berat dan ketulenan emas dan perak. Dan mungkin, itulah kali pertama saya sentuh dinar emas dan kepingan emas seberat 20 gram, 50 gram dan 100 gram! Emas orang punya, bukan saya punya... (",)
Sebelum tahu pasal emas ni, saya memang tak ambik peduli sebab saya ingatkan emas ni hal orang perempuan jer.
Satu pengalaman menarik yang dikongsikan oleh Raymond sambil tengok dia test emas-emas yang orang jual balik pada Public Gold.
Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak
"You tahu tak macam mana orang Cina simpan emas untuk education anak dia?" Wah... teringin juga nak ambik tahu.
Katanya, masa anak tu lahir, dia akan beli kepingan emas 100 gram dan simpan. Setiap kali birthday anak dia, dia akan beli sekeping 100 gram. Bayangkan 18 tahun dia buat macam tu. Maknanya masa birthday ke-18, anak tu ada 18 keping emas 100 gram! Bersamaan 1,800 gram emas! Kalau ikut nilai sekarang, value emas dia ialah RM270,000! Wah... lepas duit belajar, siap boleh beli kereta, dan ada baki lagi...
Pada saya, kalau tak mampu simpan emas 100g setiap kali birthday anak, belilah dinar, ataupun gold bar 20g. Janji ada TABIAT menyimpan untuk anak-anak.
Satu perkara yang kita kena ingat, untungnya simpan emas ialah ia tahan inflasi. Kalau simpan duit, nilai RM270,000 18 tahun akan datang mungkin tak sebesar mana. Tapi bila simpan 1,800 gram emas, kuasa belinya pada 18 tahun akan datang tetap sama dengan kuasa beli 1,800 gram hari ni, bahkan mungkin lebih.
Nak Pergi Haji, Simpan Emas
Satu ilmu penting yang saya belajar masa ke Seminar Perniagaan Emas hari tu ialah, kalau nak pergi haji, simpan emas. Sebabnya, kita tak perlu takut kalau kos pergi haji meningkat. Kos haji meningkat, maksudnya kuasa beli duit kertas menyusut! Tapi kalau simpan emas, emas tu nanti cukup untuk pergi haji, bahkan mungkin akan lebih lagi. Sebabnya harga emas meningkat, nilai duit kertas menyusut!
Jadi, nak pergi haji simpan emas. Untuk pendidikan anak-anak, simpan emas. Nak simpan duit kawin, simpan emas. Sebabnya, emas juga adalah REAL PROPERTY.
Dulu saya ada terfikir nak "protect wealth" dengan beli hartanah. Beli rumah untuk disewakan, ataupun beli tanah. Bukan nak buat untung sangat, tapi nak lari dari inflasi sebab nilai hartanah sentiasa naik. Tapi masaalahnya, modal tak besar. Keduanya urusan jual beli hartanah bukan mudah. Makan masa.
Emas Juga Adalah Real Property
Bila dah tahu pasal emas, alhamdulillah... saya senang hati sekarang. Modal kecik pun boleh beli REAL PROPERTY! Kalau ada dalam RM600, belilah dinar. Kalau ada dalam RM3,000 - RM4,000, belilah gold bar, ataupun syiling emas. Emas juga adalah REAL PROPERTY! Mungkin ia adalah real property yang MOBILE! Boleh disimpan dan dibawa ke mana-mana.
Apa-apa pun simpanan, ianya sangat ideal bagi orang hidup 'tanpa' hutang! Kalau banyak hutang, langsaikan hutang dulu. Lagi-lagi kalau hutang kad kredit. Sebabnya, interest dia 18% setahun! Wow... banyak tu. Boleh set-off dengan kadar kenaikan harga emas setahun!
Jom, pakat-pakat hidup tanpa hutang. Bukan sekadar plenty of money, tapi yang lebih penting ialah peace of mind kata mentor saya.
Wallahu a'lam.

Bila Masa Terbaik Menjual Emas?

Harga emas telahpun melepasi USD1,700 seauns semalam (8 Ogos 2011). Ada 2, 3 orang buyer emas dulu contact saya tanya samada sekarang masa terbaik jual balik emas atau belum. Jawapan saya, kalau nak pakai duit, jual. Kalau belum nak pakai duit, simpan jer dulu.

Pemerhatian saya, kebanyakkan pelabur emas melabur macam melabur dalam saham. Beli harga rendah, dan bila harga naik, terus jual. Untung seratus dua, itulah untung. Lepas jual, harga emas terus naik, naik dan naik. Nak beli balik, terpaksa top-up lagi duit.

Emas Bukan Macam Saham

Contohnya, dulu beli gold bar Public Gold 20g harganya RM3,200. Sekarang, harga jualan balik lebih kurang RM3,440. Untung RM240 katanya. Lepas jual, harga emas terus naik. Nak beli balik, harga emas yang sama dahpun RM3,600! Terpaksa top-up lagi RM160. Persoalan sekarang, adakah RM240 tu untung?

Bagi mereka yang ada mindset yang betul tentang pelaburan emas, emas bagi mereka adalah sandaran kepada duit. Maksudnya, duit sebenar adalah emas, bukan kertas (duit kertas). Sebabnya, duit kertas tak ada nilai sebenar, ianya hanya jaminan sesebuah kerajaan. Dan nilainya boleh dimanipulasi. Dan yang lagi penting, duit kertas makin hari makin susut nilainya.
Duit Kertas Semakin Susut, Emas Semakin Naik

Cuba perhati, harga barang makin hari makin naik. Kenapa naik? Sebabnya nilai duit kertas makin hari makin susut nilainya. Tapi macam mana pulak kalau simpan emas? Harga barang naik, harga emas pun naik sama! So, mana untung, orang simpan duit kertas atau emas?

So, sebab tu lah saya convert sebahagian besar simpanan saya kepada emas. Cuma sebahagian kecil jer saya simpan duit kertas untuk emergency. Saya tak pernah jual emas-emas saya sejak hari pertama beli emas walaupun harga dah naik lebih 20% dalam masa tak sampai setahun! Saya cuma manfaatkan emas-emas saya untuk urusan jual beli emas jer. Maksudnya, bila ada customer order, saya jual emas di tangan, dan terus replace dengan stock baru. Bila ada untung, saya beli lagi emas, bukannya simpan duit kertas.

Masa Terbaik Menjual Emas

Ok, persoalan sekarang, bila masa terbaik jual emas? Secara idealnya, bila nak pakai duit, especially untuk tukarkan kepada harta yang real juga macam beli rumah ataupun hartanah yang lain. Kalau sekadar nak simpan dalam ASB, Tabung Haji, atau Akaun Simpanan, bagi saya, lebih baik simpan emas. Emas naik 20% setahun, ASB 8.5%, Tabung Haji 5%, Akaun Simpanan 0%! Sedangkan harga barang keperluan harian naik 10% setahun!

Simpan emas bukan sahaja dapat nikmati kenaikan harga emas, tapi yang penting juga ialah selamat dari inflasi - kenaikan harga barang. So, perbetulkan mindset kita tentang pelaburan emas!

Wallahu a'lam.

Faktor Kenaikan Harga Emas

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa harga emas melambung-lambung dalam masa sebulan dua ni. 18 Julai 2011 baru jer emas cecah USD1,600 seauns, 11 Ogos 2011 dah melonjak melepasi USD1,800 seauns. Kenaikan melebihi 10% dalam masa tak sampai sebulan!

Kenapa Harga Emas Melonjak Julai – Ogos 2011?

Faktor sebenarnya kenaikan ini ialah kebimbangan negara-negara dunia dengan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Data IMF menunjukkan bank-bank pusat seperti Thailand, Rusia dan Kazakhstan dan Korea Selatan menambah rizab emas dalam pegangan mereka dalam masa 2 bulan yang lepas. Korea Selatan sebagai contohnya, buat pertama kali membeli emas dalam masa 10 tahun ni. Korea Selatan borong 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011. Kalau negara-negara lain dah mula menunjukkan ‘desperate’ membeli emas untuk lindungi ekonomi dan masa depan mereka, maksudnya kita pun kena buat sesuatu dengan ‘ekonomi’ kita.

Wang Kertas Hanyalah “Matawang”, Bukan “Wang” Sebenar

Fenomena ni menunjukkan duit kertas pada hakikatnya tak bernilai. Ia cuma nilai yang dijaminan sesebuah kerajaan. Bila Amerika Syarikat dah nak ‘bangkrap’, orang tak nak lagi pakai matawang USD untuk urusniaga. USD hanyalah kertas hijau yang tak ada apa-apa nilai. Tak cerdiklah kalau Malaysia masih simpan USD diambang kejatuhan matawang USD kata Tun Dr. Mahathir.

Jangan ingat kejatuhan USD hanya untuk Amerika jer, tapi kesannya akan turut dirasai oleh seluruh negara di dunia sebab USD adalah ‘benchmark’ kepada seluruh matawang di dunia. Untuk selamat, negara-negara ni tukarkan duit kertas mereka kepada emas sebab emas adalah wang paling setabil dalam sejarah manusia.

Faktor Mempengharuhi Harga Emas

Apa yang kita boleh belajar dari fenomena ni ialah, emas adalah kekayaan sebenar. Jangan biarkan duit kita terbiar tanpa disandarkan kepada emas unless duit tu memang nak guna untuk “pakai loaw” (nak pakai dalam masa terdekat) kata orang Kelantan.

Ok, untuk mudah faham, kat bawah ni saya senaraikan faktor-faktor yang berkadar terus dengan kenaikan harga emas, iaitu:
  1. Nilai matawang USD menyusut
  2. Pasaran saham merudum
  3. Harga minyak naik
  4. Inflasi meningkat
So, apa kaitan krisis hutang US dan Eropah dengan harga emas? Bila ada krisis hutang, nilai matawang negara tu akan susut sebab orang tak nak duit kertas tu lagi. Takut tak laku. Kalau negara tu ‘bangkrap’, duitnya dah jadi tak bernilai… Itulah explanation mudahnya.

Wallahu a’lam.

Cara Mudah Meramal Kenaikan Harga Emas

Bila harga emas jatuh, tak ramai yang beli emas sebab takut harga emas turun lagi. Mereka akan wait and see. Bila harga emas naik, ramailah yang kelam kabut beli emas sebab takut harga emas naik lagi. Itulah yang saya perhati. Kalau tanya dealer emas otai yang lain pun, saya yakin, mereka pun setuju tentang 'perangai' pembeli-pembeli emas ni. Lebih ramai yang beli bila harga naik memuncak berbanding harga turun rendah.

Beli Masa Harga Emas Tak Begitu 'Seksi'

Lepas nak dekat setahun perhati turun naik harga emas, saya nampak antara masa yang agak baik untuk tambahkan lagi simpanan emas fizikal ialah masa harga 'statik'. Naik tak, turun pun tak. Sebabnya, bila trend macam ni, harga emas akan melonjak pada bila-bila masa.

Saya pernah beli 3 keping gold bar 20 gram dengan harga RM3,150 daripada customer yang nak tolak balik. Masa tu, harga emas tak begitu 'seksi'. Tak ramai yang berminat. Nak tolak harga diskaun 6% pun tak ada orang nak beli. Masa tu, ramai orang jual terus pada Public Gold sebab tak dapat buyer. Tapi dua minggu lepas tu, harga emas terus melonjak ke RM3,400! Saya untung 8% dalam masa dua minggu sahaja!
Cara Mengukur Potensi Kenaikan Harga

Saya nak kongsikan cara mudah nak tengok potensi kenaikan harga emas iaitu cuba cek berapa harga tertinggi ia pernah capai. Katakanlah harga gold bar Public Gold 20g pernah cecah RM4,000, tapi harga sekarang ialah RM3,700. Maksudnya, kalau beli pada harga RM3,700, anda akan untung RM300 (4,000 - 3,700)! Sebabnya, perangai harga emas ialah bila ia cecah ke puncak tertinggi, ia akan turun sekejap sebelum mendaki balik ke puncak tertinggi yang baru.

Kalau harga semasa RM3,700, ia akan naik balik kepada RM4,000 nanti. Cuma waktunya yang kita perlu tunggu. Mungkin sebulan dua. Mungkin 3, 4 bulan dan mungkin juga 8 atau 9 bulan seperti tahun 2008! Lagi jauh beza harga semasa dengan harga tertinggi yang ia pernah capai, maksudnya lagi tinggi potensinya akan naik balik.

Jangan Tunggu Harga Paling Rendah

Fenomena ni berlaku sebab bila harga emas memuncak, ramai penyimpan lama akan jual untuk dapat untung. So, harga emas akan turun sekejap sebelum naik ke puncak baru. Bila harga emas turun, orang akan beli balik dan harga emas makin naik, naik, dan naik. Maksudnya, turun dan naik tu fenomena biasa. Jangan risau. Memang mustahil harga naik tapi tak turun-turun. Yang naik, mesti akan turun cumanya, trend harga emas lebih banyak menaik daripada turun sejak tahun 2001 lagi. Saya percaya, trend ni akan berterusan sehingga 10 tahun lagi berdasarkan sejarah emas 1960 - 1980 (20 tahun).

So, kalau nak tambahkan lagi simpanan emas, jangan tunggu harga emas paling rendah. Agak-agak dah rendah dari harga yang pernah capai sebelum ni, beli jer. Jangan tunggu-tunggu sebab tak siapa tahu "how low is low". Ramai kawan saya yang tunggu harga paling rendah baru nak beli tapi akhirnya terpaksa beli pada harga yang lebih tinggi! Itulah yang saya perhati.

4 Faktor Tak Rugi Simpan Emas

Walauapapun, saya berpegang kepada 4 perkara iaitu:
  • Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Harga turun naik dalam jangka pendek tu adalah biasa. Tak lojik kalau harga naik tapi tak turun-turun.
  • Emas adalah duit sebenar. Daripada simpan kertas (duit 'palsu'), lebih baik simpan emas (duit sebenar).
  • Harga barang naik, harga emas turut sama naik. Orang simpan emas, akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya.
  • Harga emas tak akan jatuh lingkup macam saham. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap sebab simpan duit kertas. So, yang mana lebih 'secure' sebenarnya?

Wallahu a'lam.


Nota Penting: Bagi sahabat yang belum pernah beli emas, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least sekeping syiling 1 dinar. Kalian hanya akan faham harga emas tinggi atau rendah bila dah buat belian pertama sebab dengan cara tu, baru kalian ada benchmark tersendiri.

Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas?

Masa emas 20 gram harga RM3,150 takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.

Dan ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.

Akibat Tunggu Harga Paling Rendah

Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya "Nanti harga emas turun bagi tahu yer..". Tapi bila harga emas turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melapasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.

Lepas dah 11 bulan jadi dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 20% setahun.

Jangan tunggu harga paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 - RM3,000. Habis...

Faktor 'Fundamental' Tak Siapa Boleh Jangka

Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi... Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas.

Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 - 1980.

Dan faktor yang sangat pasti, matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan Negara Eropah. Bila negara-negara tu 'bangkrap', orang tak nak pakai dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!

Masa Terbaik Membeli Emas

So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.

Wallahu a'lam.

p.s. Hari ni seorang lagi kawan beli emas RM20,000 untuk jadi dealer Public Gold. Alhamdulillah, tahniah. Sambil simpan, sambil nak tolong kawan-kawan dan sedara mara katanya. Macam saya juga. (",)