Wednesday 8 February 2012

Kenapa harga emas terus meningkat???

Kenapa harga emas akan terus meningkat?
a) Polisi kewangan US yang membawa kepada inflasi, polisi fiskal US yang tidak rasional, hutang US yang tinggi dan kejatuhan nilai dolar kesemuanya menyumbang kepada meningkatnya inflasi di US. Meningkatnya inflasi membawa kepada meningkatnya harga emas.
Hutang terkini US ialah USD14.311 trillion dan siling hutang US ialah USD14.294 trillion. Ini bermakna hutang kerajaan US sudah pun melebihi had yang dibenarkan. US sebenarnya sudah bankrap!!!!. Tapi kenapa US belum lagi diisytiharkan bankrap?!! Ini kerana, jumlah yang dikira layak untuk diisytiharkan bankrap ialah jumlah hutang sebenar ( public debt ) sehingga hari ini berjumlah USD 14.24 trillion.
Menurut Geithner, Setiausaha Kewangan US, US mempunyai beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan negara itu daripada bankrap sehingga 8 Julai 2011. Sekiranya langkah-langkah tersebut gagal, US akan menggunakan senjatanya yang terakhir iaitu dengan meningkatkan lagi siling hutang.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas dan perak melonjak tinggi.

Peningkatan hutang adalah secara parabolik.Tidak hairanlah sekiranya harga emas dan perak juga akan meningkat secara parabolik.
b) Tidak ada jalan penyelesaian yang mudah atau cepat di dalam krisis ekonomi negara-negara Eropah.
c) Minat orang di negara China terhadap perhiasan dan pelaburan emas semakin meningkat dan keadaan ini akan berterusan dengan berkembangnya ekonomi, peningkatan kadar pendapatan individu, kebimbangan terhadap inflasi dan juga polisi kerajaan China yang menggalakkan rakyatnya membeli emas.
d) Meningkatnya keperluan emas jangkamasa panjang di India dan China.
e) Meningkatnya minat bank-bank pusat dunia terhadap emas sebagai simpanan berbanding dollar US.
f) Pengeluaran emas dari lombong yang sedikit ataupun statik untuk jangkamasa 5 tahun mendatang. Negara-negara pengeluar emas seperti China dan Russia menyerap lebih banyak hasil pengeluaran emas mereka berbanding tahun sebelumnya untuk memenuhi keperluan dalam negara.
g) Harga emas dan perak masih rendah berbanding dengan harga sebenar berdasarkan inflasi. Sebagaimana yang diterangkan di atas harga emas USD2300 paling rendah dan perak USD150. Oleh itu, harga kedua-dua komoditi tersebut masih mempunyai potensi untuk naik sehingga harga tersebut. Sekiranya US mencetak sekali lagi duit dollar pada tahun ini, nescaya harga emas dan perak berdasarkan inflasi akan meningkat lagi.
Jumlah peratusan keuntungan masih jauh. Berbanding dahulu hutang negara US hanyalah lebih kurang 1.5 trillion dan kuasa membeli dollar US adalah 10 kali ganda lebih besar daripada sekarang. Jadi emas dan perak masih mempunyai potensi yang cukup besar untuk sampai ke kemuncak harga yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment